Hallloooowww….!!! Setelah sekian bulan lamanya blog ini
bersawang labah-labah, akhirnya Pencherry kembali mencherryiakan
berbloging di alam maya. Seperti sedia maklum, Pencherry sekarang sibuk berlakon
setelah kejayaan drama Sehingga Hujung Nyawa dengan kerjaya yang boleh
tahan hebatnya di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang.
Dia mai daahh....! |
Haaa…..nampak tak sepekara disitu? Dari Utara ke
Selatan,ewaahh…dan sudah tentunya, semakin kita diberi sesuatu jawatan, semakin
besar tanggungjawab kita tu. Jadi, hadapi dengan tenang dan senyuman kerana
hikmah Allah s.w.t itu lebih besar.
Dan setulus dari hati, kenapa aku tinggalkan kerja di Pulau
Pinang yang banyak memberikan aku kemudahan dan kesenangan serta tidak lupa
kemewahan….(Nampak tak sastera disitu) justeru, aku memilih untuk berhijrah ke
Johor Bharu, (Pasir Gudang pulak tu) tempat dimana jauh daripada kemewahan,
keseronokan dan berada ditempat asing secara berseorangan tanpa dibawah pengaruh
alkohol kasih sayang sesiapa disini?
Kalau ingin berubah angin sekalipun, banyak lagi tempat lain yang memberikan
lebih kebaikan seperti Kuala Lumpur (syurga anak-anak muda), Penang (syurga
makanan), Sungai Petani (syurga kedua ibu-bapa…eh!), Ipoh (syurga..err..syurga
kemudahan) dan lain-lain syurga dunia. Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Baiklah, kita tinggalkan persoalan itu dengan sengaja…..
semoga berbahagia semua ^_^
IC Perak...Kampung Kedah...Menetap Johor |
PenCherry : Biar apa pun yang terjadi, aku tidak akan
sesekali menyesal kerana aku sudah berusaha sehingga ke peringkat ini…Redha itu
hadiah dari Allah s.w.t untuk aku ~
ok foine~baek xyah post entry kalau soh org dok pkiaq blik~nebes org len nk pkir.... :D
ReplyDeletememang sengaja nak orang lain merase ape yang aku rase...nebesss......haa...bru lah berkongsi namenyer~ =D
Deleteeh boring pulak ak iklan kt blog ko ni :P
Deleteyeeaaaahhhh...wuuu...iklan da ilang...!!!!!...lalalalala~
Deletesi kembung =P