Thursday, October 27, 2011

Makan Malam Yang Bajet

Kelaparan mendatangi daku diwaktu malam...(*hampeh gila ayt). Justeru aku memikirkan apa yang perlu aku beri kepada perut ku yang sekian lama hidup bersama aku. "Eh, teringin begek laa...lama tak makan". Memang feeling goOd la waktu hujan2 gini makan begek. Tetiba teringat aku kat U dulu. Heee...makan begek dan belikan begek untuk "sumbody you know who".(*erk!)

   Memang aku ni jenis kaki begek la jugak. Sejak duk rumah nih, makan berat jer hari-hari. Teringin nak rasa meggi, begek, kepsi cam study dulu. Heee.....malam nih akhirnya dapat begek, jadi..anda pula bagaimana?  =P

"Abang...bergek daging special satu...!!!"

...............................

" Tukar bang.....bagi bergek ayam special laa.."

.....................................

"Errrr.....bang, tetiba teringin daging special balik....heee"

Wednesday, October 26, 2011

Hari-Hari Yang Berlalu

Tahukah anda, emosi dan keadaan diri seseorang manusia akan menjadi sayu dan syahdu bila tibanya hari-hari hujan. Tambahan pula, jika hujan yang datang itu adalah dari golongan2 hujan yang begitu lebat. Yeaaahhhh,memang tidur laa makanan nyer.


So, kepada yang bekerjaya termasuk diri aku, selamat mengharungi hari-hari hujan anda yang mendatang dengan tabah dan dapat menyesuaikan diri dikala musim2 hujan lebat ini okeh!...challoO bettey  ^_^

Melayan diri secara termenung dikala hujan lebat  -_-

Tuesday, October 25, 2011

Alasan Tak Banyak Post

Mungkin semua kebanyakan yang cakap, 'Bosan gila blog nih, post tak banyak,pastu ayat pendek2. Pemalas bukan main, tapi gila nak berblog.Sudahlaa..."..Haaa...kan?kan..?Takpe..takpe aku jugak mempunyai perasaan seperti anda2 sekalian, sbb aku sendrik tgok blog ni cam segan nak hidup. Bagi menyemak blogger intenet jerk.


Tapi..tapi...tapi...ekceli, aku sbanrnya nak buang yang keruh,ambil yang jernih. Kalau sesiapa yang ikut blog nie dari awal, diorang pasti tahu sebab sebelum ni, blog nie dah banyak post, tapi semua tentang cintan-cintun post yang tak sesuai dibawah umur. Hee,tapi semua tuh dah jadik kenangan sanubari dah,chill dude.


Itulah, sekarang nie dah masuk musim bekerjaya,so blog ni pun kurang banyak cerita. tapi, aku tetap akan update blog nie bila tyme aku free..ea..ea...Dan alasan seterusnya adalah kerana......setiap malam, akan jadik mcm neyh........

10 hingga 15 minit pertama. Menonton cerita dengan penuh keasyikkan sambil mengiring tidur atas bantal

Minit yang seterusnya........zzZZzz........  -_-

Tuesday, October 18, 2011

Terima Ku Seadanya

Ada setengah orang selalu berasa rendah diri dengan keadaan diri yang dianggap tak sesempurna macam orang lain. Ingatlah, Allah s.w.t itu Maha Adil, tak ada manusia yang sempurna melainkan Dia. Jangan terlalu terpengaruh dengan dunia sekeliling bila kita tgok orang lain cantik @ kacak dari kita.

   Lepas tu pulak hangin dalam badan sorang2 ckp..'Untunglaa ramai orang minat.Cantik,comel..tp, aku? Teringin nak kapel jugak'. Haa...ketahuilah, biar buruk diluar, asalkan cantik di dalam. Sekurang-kurangnya, kita cantik lagik dari segi menahan nafsu. InsyAllah ^_^

Mencintai aku, bukan kerana rupa......Sanggup menerima insan seadanya.
Ku sedar, ku tak sempurna seperti yang kau inginkan
                                            (stacy-kisah dongeng)

Monday, October 17, 2011

Jangan Ambik Tanpa Kebenaran

Oleh disebabkan blog nih baru diwujudkan, jadi post kali ini adalah post pesanan. Diulangi, ini post pesanan. Dalam apa jua bidang yang dicemburui...errr...bidang yang diceburi, kadang2 hasil kita akan dieksploitasi oleh pihak2 yang mementingkan diri mereka sendiri.
   
   Oleh itu, ingin ditekankan disini, bahawasanya saya di sini, tidak kisah kalau ada pihak yang ingin ciplak @ share segala hasil2 disini, melainkan mintak lah kebenaran ea..ada paham suma?okeh....kriiinnggggg,murid-murid boleh keluar rehat.......


Kalau berminat, tanya dulu....jangan rembat jerk.........kang kena tuju dengan angry birds...maw?maw?  =P

Bersabarlah Diri

Kadang-kadang dalam sesuatu situasi, perasaan kita perlu dipendamkan demi kebahagiaan orang lain terutama orang yang kita sayang. Kalau kita betul-betul sayang kat 'dia', kita bahagia bila tgok dia bahagia kan?....Bersabarlah dalam diammu....  =')

Kalaulah 'dia' tahu apa yang sebenarnya di balik topeng neyh