Sunday, April 21, 2013

Sedang Bercinta!?...erk!

Awak, Kita Ini Bercintakah?

Awak,
Kita tidak berpegang tangan seperti mereka,
Melafazkan kata cinta berbalas-balasan,
Bahkan sering ada jarak antara kita,
Dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
Tiada bicara manis,
Dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?

Ya,
Kita ini bercinta,
Cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definis-Nya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
Sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita,
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
Juga bukan pada bicara kata,
Tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
Dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
Kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurga-Nya.

Awak,

Bukankah itu adalah cinta?

~Hilal Asyraf~
1238
111011
Irbid,
Jordan

" Saya cintakan tunang saya. Walaupun, tidak pasti adakah dia mencintai saya ketika saya sedang menulis perkara ini. Dia tidak pernah nyatakan dia sayang ataupun cintakan saya. Itu adalah keistimewaannya. Walau apa pun, saya senang begitu..." (Sebelum Aku Bernikah, m/s 178)

Jangan berlagak! Tak poyo kalau baca ni. Lagi kacak kalau ilmu bertambah



..................................................................................................

PenCherry : Jangan jumudkan pengertian cinta sebelum kahwin dengan definisi jijik. Tak percaya? Bacalah karya Hilal Asyraf. Entry kali ini bukan poyo, tetapi tentang kematangan. Nampak?

Thursday, March 7, 2013

Siapa Di Sisi?



Tiba-tiba,
Khabar datang,
Ia rezeki,
Tapi aku pening,
Macam mana ni?
Sedang dalam kekusutan,
Kekusutan lain pula yang datang,
Tika aku hampir menemui jalan penyelesaian.

Sedang ini juga, aku sedang kesibukan.
Tentang keadaan sekeliling,
Kerjaya, kehidupan, sosial rakan-rakan, keluarga dan cinta hati,
Datang pula khabar entiti menerjah dalam hidup masa depan aku.
Aku runsing,
Aku kusut,
Aku pening,
Aku sakit,
Sakit,
Sakit sangat-sangat……………

Isya’ menerjah,
Menangis lagi aku pada Dia,
Setiap malam, emosi yang sama,
Segan aku,
Malu aku,
Padahal ramai hamba Dia perlukan Dia,
Tapi pada Dia juga aku meluah perasaan.
Aku sakit, dan aku malu ingin merayu lagi.

PenCherry : Entry kali ini, tiada model. Maaf, tengah sakit. Tak semua entry Blog ZackZukhairi pun guna kartun kan?...heh ^_^

Thursday, February 21, 2013

Sambal Sotong


Hanya seekor sotong.

Dimasak untuk dimakan .
Mungkin hanya manusia yang makan sotong yang dimasak.

Jika dimasak dengan tepung, banyak dipesan di gerai makan.
Tetapi jika dimasak dengan kuah sambal, rasanya telah berbeda.

Resepi kampung, dimasak dirumah.
Hanya nasi kosong dengan sambal sotong sudah memadai.

Tak cukup makan sekali, ditapau sebagai bekalan pula.
Mungkin sebulan sekali sahaja dapat menikmatinya.
Mungkin juga 2 bulan sekali sahaja.
Mungkin juga 3 bulan sekali sahaja.
Mungkin juga berbulan-bulan lamanya sekali.
Atau mungkin kali ini sahaja  (!?).

Si sambal sotong nama diberi,
Maaf, rasa sekali pasti nak lagi……………….

“boleh tak, nak makan lagi……..makcik?”  >_<



 PenCherry : Post kali ini agak sedkit pelik. Dan mungkin kepelikan ini akan berterusan untuk post-post akan datang. Ni semua penangan sambal sotong blog matluthfi90. Dia bijak dan comel. Saya tidak.

Friday, February 15, 2013

Aku Bukan Siapa-siapa


Aku bukan seorang ilmuwan agama,
Aku bukan seorang ahli tabligh,
Aku bukan seorang tahfiz,
Aku bukan seorang pendakwah agama,
Aku bukan seorang ahli masjid,
Aku bukan makmum masjid yang istiqamah,
Aku tidak miliki ciri-ciri seorang Imam yang dicari oleh seorang Zaujah……

Yang aku ada hanya Solat lima waktu dan Al-quran.

Kerana itu, aku tak layak meminta seorang Zaujah yang sempurna.
Tak perlu yang terlalu sempurna seperti Zulaikha,
Tak perlu yang terlalu setia seperti Khadijah,
Tak perlu yang terlalu sempurna akhlaknya,
Tak perlu yang terlalu melayan kerenah Imamnya,
Tak perlu yang terlalu bertutup litup penampilannya.

Kerana aku sedar siapa aku
Cukuplah hanya sebagai peneman dunia dan akhirat.
Aku malu untuk meminta-minta padaMu, Ya Allah.....

Shin Chan :  dah,x payah sedih sangat...jom solat  ^_^

PenCherry : Menadah tangan sebanyak 5 kali sehari pun aku terasa sangat malu padaMu Ya Allah. Aku sangat jauh dari mukmin kesayanganMu.

Thursday, February 14, 2013

Perantau Merantau


Hallloooowww….!!! Setelah sekian bulan lamanya blog ini bersawang labah-labah, akhirnya Pencherry kembali mencherryiakan berbloging di alam maya. Seperti sedia maklum, Pencherry sekarang sibuk berlakon setelah kejayaan drama Sehingga Hujung Nyawa dengan kerjaya yang boleh tahan hebatnya di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang.

Dia mai daahh....!
Haaa…..nampak tak sepekara disitu? Dari Utara ke Selatan,ewaahh…dan sudah tentunya, semakin kita diberi sesuatu jawatan, semakin besar tanggungjawab kita tu. Jadi, hadapi dengan tenang dan senyuman kerana hikmah Allah s.w.t itu lebih besar.

Dan setulus dari hati, kenapa aku tinggalkan kerja di Pulau Pinang yang banyak memberikan aku kemudahan dan kesenangan serta tidak lupa kemewahan….(Nampak tak sastera disitu) justeru, aku memilih untuk berhijrah ke Johor Bharu, (Pasir Gudang pulak tu) tempat dimana jauh daripada kemewahan, keseronokan dan berada ditempat asing secara berseorangan tanpa dibawah pengaruh alkohol  kasih sayang sesiapa disini? Kalau ingin berubah angin sekalipun, banyak lagi tempat lain yang memberikan lebih kebaikan seperti Kuala Lumpur (syurga anak-anak muda), Penang (syurga makanan), Sungai Petani (syurga kedua ibu-bapa…eh!), Ipoh (syurga..err..syurga kemudahan) dan lain-lain syurga dunia. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Baiklah, kita tinggalkan persoalan itu dengan sengaja….. semoga berbahagia semua  ^_^

IC Perak...Kampung Kedah...Menetap Johor


PenCherry : Biar apa pun yang terjadi, aku tidak akan sesekali menyesal kerana aku sudah berusaha sehingga ke peringkat ini…Redha itu hadiah dari Allah s.w.t untuk aku ~