Thursday, February 21, 2013

Sambal Sotong


Hanya seekor sotong.

Dimasak untuk dimakan .
Mungkin hanya manusia yang makan sotong yang dimasak.

Jika dimasak dengan tepung, banyak dipesan di gerai makan.
Tetapi jika dimasak dengan kuah sambal, rasanya telah berbeda.

Resepi kampung, dimasak dirumah.
Hanya nasi kosong dengan sambal sotong sudah memadai.

Tak cukup makan sekali, ditapau sebagai bekalan pula.
Mungkin sebulan sekali sahaja dapat menikmatinya.
Mungkin juga 2 bulan sekali sahaja.
Mungkin juga 3 bulan sekali sahaja.
Mungkin juga berbulan-bulan lamanya sekali.
Atau mungkin kali ini sahaja  (!?).

Si sambal sotong nama diberi,
Maaf, rasa sekali pasti nak lagi……………….

“boleh tak, nak makan lagi……..makcik?”  >_<



 PenCherry : Post kali ini agak sedkit pelik. Dan mungkin kepelikan ini akan berterusan untuk post-post akan datang. Ni semua penangan sambal sotong blog matluthfi90. Dia bijak dan comel. Saya tidak.

Friday, February 15, 2013

Aku Bukan Siapa-siapa


Aku bukan seorang ilmuwan agama,
Aku bukan seorang ahli tabligh,
Aku bukan seorang tahfiz,
Aku bukan seorang pendakwah agama,
Aku bukan seorang ahli masjid,
Aku bukan makmum masjid yang istiqamah,
Aku tidak miliki ciri-ciri seorang Imam yang dicari oleh seorang Zaujah……

Yang aku ada hanya Solat lima waktu dan Al-quran.

Kerana itu, aku tak layak meminta seorang Zaujah yang sempurna.
Tak perlu yang terlalu sempurna seperti Zulaikha,
Tak perlu yang terlalu setia seperti Khadijah,
Tak perlu yang terlalu sempurna akhlaknya,
Tak perlu yang terlalu melayan kerenah Imamnya,
Tak perlu yang terlalu bertutup litup penampilannya.

Kerana aku sedar siapa aku
Cukuplah hanya sebagai peneman dunia dan akhirat.
Aku malu untuk meminta-minta padaMu, Ya Allah.....

Shin Chan :  dah,x payah sedih sangat...jom solat  ^_^

PenCherry : Menadah tangan sebanyak 5 kali sehari pun aku terasa sangat malu padaMu Ya Allah. Aku sangat jauh dari mukmin kesayanganMu.

Thursday, February 14, 2013

Perantau Merantau


Hallloooowww….!!! Setelah sekian bulan lamanya blog ini bersawang labah-labah, akhirnya Pencherry kembali mencherryiakan berbloging di alam maya. Seperti sedia maklum, Pencherry sekarang sibuk berlakon setelah kejayaan drama Sehingga Hujung Nyawa dengan kerjaya yang boleh tahan hebatnya di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang.

Dia mai daahh....!
Haaa…..nampak tak sepekara disitu? Dari Utara ke Selatan,ewaahh…dan sudah tentunya, semakin kita diberi sesuatu jawatan, semakin besar tanggungjawab kita tu. Jadi, hadapi dengan tenang dan senyuman kerana hikmah Allah s.w.t itu lebih besar.

Dan setulus dari hati, kenapa aku tinggalkan kerja di Pulau Pinang yang banyak memberikan aku kemudahan dan kesenangan serta tidak lupa kemewahan….(Nampak tak sastera disitu) justeru, aku memilih untuk berhijrah ke Johor Bharu, (Pasir Gudang pulak tu) tempat dimana jauh daripada kemewahan, keseronokan dan berada ditempat asing secara berseorangan tanpa dibawah pengaruh alkohol  kasih sayang sesiapa disini? Kalau ingin berubah angin sekalipun, banyak lagi tempat lain yang memberikan lebih kebaikan seperti Kuala Lumpur (syurga anak-anak muda), Penang (syurga makanan), Sungai Petani (syurga kedua ibu-bapa…eh!), Ipoh (syurga..err..syurga kemudahan) dan lain-lain syurga dunia. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Baiklah, kita tinggalkan persoalan itu dengan sengaja….. semoga berbahagia semua  ^_^

IC Perak...Kampung Kedah...Menetap Johor


PenCherry : Biar apa pun yang terjadi, aku tidak akan sesekali menyesal kerana aku sudah berusaha sehingga ke peringkat ini…Redha itu hadiah dari Allah s.w.t untuk aku ~

Wednesday, October 17, 2012

Jagalah Dirinya

Filem-filem dan drama-drama cinta selalu menonjolkan pengakhiran cerita yang bahagia. Contoh macam, kalau di awal cerita, si Heroin konon-konon buat jual mahal tak nak layan si Hero. Ataupun permulaan cerita, si Heroin memendam perasaan pada si Hero. Secara klise nya (amboih ayat kau!) pengakhiran cerita, diakhiri dengan kebahgiaan cinta mereka yg terbalas. Bak kata orang tua-tua, "kalau dah jodoh, tak kemana" (laa sgt..)

Penceritaan-penceritaan seperti inilah yang menjadi fantasi bagi si pencari jodoh si Hamba Allah yang mengharapkan sesuatu yang secara terang-terang bukan tercipta untuknya. Tapi, harapan dan hikmah itu, selalu ada. Kalau ada, Alhamdulilah. Kalau tak, redha. Apa-apa pun, paling baik, sentiasa berdoa pada yang Esa. Kalau sayang, doakan terbaik untuk si dia, sekurang-kurang kita akan bahagia bila tahu si dia bahagia. ^_^

PenCherry : Si Penepuk Sebelah Tangan

Dok!...Jage diri kO baek-baek...  =')



Wednesday, May 30, 2012

Jauh Ke dalam Lubuk Gedebuk Hati

Anda menyukai seseorang? Tetapi takut untuk meluahkan,sebab anda tahu anda bukan pilihan nya? 
Kami tak ada cara,tapi cuma nasihat untuk redha dengan Ilahi. Hanya Allah S.W.T yang mampu mendengar dan memakbulkan doa anda...

Kadang-kadang, cara terbaik untuk mendekatkan diri kita dengan seseorang yang kita cintai suka.....

....adalah hanya menjadi seorang sahabat kepadanya.

Lebih baik begini....
Sekian, terima kasih  ^_^



Tuesday, May 29, 2012

I Miss You Blogspot!

Hai eberibadieee.......!

Yeahh....setelah beberapa bulan, Pencherry kembali mengepam  mengepos di blogspot yang sekian lama bersawang di awang-awangan meliputi penjuru siling hingga ke bucu kaki kerusi..(eh!aper nih?..sabow Payed...sabow...kang kene sembow..excited noo)

Okey, kembali kepada topik utama. Setelah sekian bulan lamanya tidak aktif di alam blog ni, rasa rindu membuak-buak untuk mengambil gambar 'model-model' yang kian hari kian berhabuk dalam peti simpanan. Disini, ingin diutarakan alasan 'mengapakah,kenapakah' blog ini tidak aktif selama beberapa abad walaupun mendapat kata-kata semangat dari kenalan ramai. (ewaahh!..terharu ker...!?haa..kau ader?)

Dan sebenarnya (kedengaran lagu Yuna berkumandang)...

Kehidupan bekerjaya menyebabkan kehidupan harian semakin banyak dihabiskan begitu sahaja.
(Sebab penat yang teramat sangat...konon)


Tambahan pula, banyak sisa-sisa hidup sekarang perlu merentasi laut badai yang terumbang-ambing di muka bumi. (Teruk noo ayat aku gune)


Kehidupan seharian pula diserikan dengan 'anak' yang mengundang pertambahan kesibukan.

Sekarang, anda lihat kesan dari kehidupan bekerjaya yang diidam-idamkan oleh sebilangan manusia yang masih belajar? Jadi, jauhi dunia pekerjaan,dekat kan lah dengan dunia belajar, kelak anda akan merasai derita kehidupan.

Sekian, terima kasih  ^_^

Sunday, November 6, 2011

Jangan Terlalu Berharap

Pesanan untuk diri aku dan kepada semua yang lain-lain :
Selalu Kadang-kadang kita rasa terlalu seronok bila kita dapat apa yang kita nak. Mula lah pasang macam2 angan-angan, nanti nak buat itulah, nak buat inilah...rancang mcm nk idop seribu tawun bagai.


Tapi, tu laa.....bila terlalu berharap selalu akan jadik benda yang tak dijangka. Setelah melahan itu(ayat ape neyh?), mulalah nak meroyan sana sini bila harapan tinggal harapan. Rasa mcm, cermin besor tu, dihempas ke lantai sampai berderai,pastu amek tukul, ketuk-ketuk lagi bagi hancur banyak2.


Hidup ini sederhana, jadi tak salah sederhanakan diri kita, jangan terlalu menyayangi, mencintai  berharap kepada sesuatu yang belum pasti natijahnya, kelak menggigit diri kita secara perlahan-lahan. Tiada penajaan untuk nasihat ini, sekian terima kasih.  =P
Kita mungkin dijodohkan untuk berkenalan, tapi tidak mungkin dijodohkan.
Maaf sebab terlalu mengharap selama ini.